Tuesday, June 21, 2016

Surah Al-Baqarah (94~95)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 94~95:
.

Ringkasan tafsir;
Kaum Yahudi telah mengubah Taurat dan mendakwa mereka tidak akan diseksa diakhirat melainkan hanya sekejap sahaja dan hanya mereka sahaja yang masuk Syurga dan mendakwanya lagi bahawa mereka adalah kekasih Allah.

Maka Allah menyeru kepada Muhammad supaya menempelak kaum Yahudi “jika benar kamu dapat masuk syurga diakhirat pada sisi Allah dengan tiada berserta orang lain, maka marilah cintai mati, jika kamu orang yang benar”. Demikianlah sebenarnya mereka itu tidak cintai mati kerana banyak dosa dari tangan-tangan mereka telah lakukan diatas muka bumi ini. Ingatlah, Allah mengetahui dan akan memberi balasan kepada orang-orang yang membuat aniaya.
.
.
[Previous] [Next]
.
Sumber,
Terjemahan (1.2.91~100);
[GS]  https://t.co/UmIxLYK9EX
Ulasan (1.2);  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
.


Friday, January 29, 2016

Surah15 (71~80)

Al-Aijr, dari ayat 71~80; 


71. Ia berkata; “itu dia anak-anak perempuan ku, jika kamu mahu juga lakukan”.
72. Demi umur mu ! sesungguhnya mereka sesat dalam kemabukan mereka.
73. Lalu azab itu mengenai  mereka waktu terbit matahari
74. Kami jadikan atasnya itu disebelah bawah dan kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.
75. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu fikirkan.
76. Dan sesungguhnya negeri itu, ada dijalan yang teran
77. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi orang-orang yang beiman.
78. Dan sesungguhnya adalah orang-orang Aikah itu, sangat zalim.
79, Maka kami balas mereka, dan sesungguhnya dua-dua nya itu, ada dijalan yang terang.
80. Dan sesungguhnya penduduk-penduduk Al-Hijr telah dustakan Rasul-Rasul

 


.
[previous] [next] [home]
.
.



.

Sura 15 (61~70)

Al-Aijr, dari ayat 61~70; 


61. Maka tetakala utusan-utusan itu datang kepada kaum Lut.

62. Ia berkata; “sesungguhnya kamu ini satu golongan yang tidak terkenal”.

63. Mereka jawab; “bahkan kami  datang kepada mu dengan mambawa apa yang mereka ragu-ragu padanya”.

64. “Dan kami datang kepada mu dengan membawa kebenaran, dan sesungguhnya kami ini orang-orang yang benar”.

65. “Lantaran itu, berangkatlah bersama keluarga mu pada waktu malam dan ikutlah dibelakang mereka, dan janganlah berpaling seorang pun daripada kamu, dan pergilah kemana kamu diperintah”.

66. Dan kami selesaikan urusan itu kepadanya iaitu bahawa akar-akar mereka akan diputuskan pada waktu pagi.

67. Dan datanglah penduduk negeri itu dengan girang.

68. Ia berkata; “sesungguhnya mereka ini tamu-tamu ku, lantaran itu, janganlah kamu buat malu akan daku”.

69. “Dan takutlah kepada Allah dan janganlah kamu hinakan daku”.

70. Mereka berkata; “bukankah kami telah larang mu dari menerima orang-orang”.

.
[previous] [next] [home]
.
.

.

Surah 15 (51~60)

Al-Aijr, dari ayat 51~60; 


51. Dan khabarkan lah kepada mereka tentang tamu Ibrahim.

52. Tetakala mereka masuk kedalam rumahnya, lalu mereka berkata; “kesejahteraan”. Ia berkata; “sesungguhnya kami takut  kepada mu”.

53. Mereka berkata; “janganlah engkau takut, kerana kami hendak girangkan mu dengan seorang anak lelaki yang pandai.

54. Ia berkata; “apakah betul kamu girangkan daku, pada hal tua telah menyentuhku, maka dengan apakah kamu girangkan ?”.

55. Mereka jawab; “kami girangkan mu dengan benar, lantaran itu, jangan lah engkau jadi daripada golongan orang-orang yang putus harapan”.

56. Ia berkata; “dan bukankah tidak ada yang putus harapan dari rahmat Tuhan nya, melainkan orang-orang yang sesat ?”.

57. Ia bertanya; “apakah urusan kamu, hai utusan-utusan?”.

58. Mereka jawab; “sesungguhnya kami diutuskan kepada satu kaum yang berdosa”.

59. “Melainkan keluarga Lut”, sesungguhnya kami akan selamatkan mereka sekelian.

60. Kecuali isterinya, kami sudah tentukan, bahawa sesungguhnya ia daripada golongan orang-orang yang ketinggalan

.
[previous] [next] [home]
.
.


.

Surah 15 (41~50)

Al-Aijr, dari ayat 41~50; 


41. ia berfirman; “inilah satu jalan kepada ku yang lurus”.

42. Sesungguhnya hamba-hamba ku, tidak ada kekuasaan bagi mu atas mereka, kecuali siapa-siapa yang mengikut mu dari  orang-orang yang mahu sesat.

43. Dan sesungguhnya jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi mereka sekelian.

44. Ia ada mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap satu pintu dari mereka ada bahagian yang tertentu.

45. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti adalah dalam syurga-syurga dan mata-mata air.

46. “Masuklah kepadanya dengan kesejahteraan, dengan keselamatan”.

47. Dan kami cabut kedengkian yang ada dihati-hati mereka, hal keadaan mereka bersaudaraan berhadap-hadapan atas tempat sendiri.

48. Tidak akan mengenai mereka penat, dan tidak akan mereka dikeluarkan daripadanya.

49. Khabarkan lah kepada hamba-hamba ku, bahawa aku lah pengampun, penyayang.

50. Dan bahawa azab ku, ialah azab yang pedih.

.
[previous] [next] [home]
.
.




.