Friday, January 29, 2016

Surah 15 (41~50)

Al-Aijr, dari ayat 41~50; 


41. ia berfirman; “inilah satu jalan kepada ku yang lurus”.

42. Sesungguhnya hamba-hamba ku, tidak ada kekuasaan bagi mu atas mereka, kecuali siapa-siapa yang mengikut mu dari  orang-orang yang mahu sesat.

43. Dan sesungguhnya jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi mereka sekelian.

44. Ia ada mempunyai tujuh pintu, bagi tiap-tiap satu pintu dari mereka ada bahagian yang tertentu.

45. Sesungguhnya orang-orang yang berbakti adalah dalam syurga-syurga dan mata-mata air.

46. “Masuklah kepadanya dengan kesejahteraan, dengan keselamatan”.

47. Dan kami cabut kedengkian yang ada dihati-hati mereka, hal keadaan mereka bersaudaraan berhadap-hadapan atas tempat sendiri.

48. Tidak akan mengenai mereka penat, dan tidak akan mereka dikeluarkan daripadanya.

49. Khabarkan lah kepada hamba-hamba ku, bahawa aku lah pengampun, penyayang.

50. Dan bahawa azab ku, ialah azab yang pedih.

.
[previous] [next] [home]
.
.




.

No comments:

Post a Comment