Friday, January 29, 2016

Surah 15 (51~60)

Al-Aijr, dari ayat 51~60; 


51. Dan khabarkan lah kepada mereka tentang tamu Ibrahim.

52. Tetakala mereka masuk kedalam rumahnya, lalu mereka berkata; “kesejahteraan”. Ia berkata; “sesungguhnya kami takut  kepada mu”.

53. Mereka berkata; “janganlah engkau takut, kerana kami hendak girangkan mu dengan seorang anak lelaki yang pandai.

54. Ia berkata; “apakah betul kamu girangkan daku, pada hal tua telah menyentuhku, maka dengan apakah kamu girangkan ?”.

55. Mereka jawab; “kami girangkan mu dengan benar, lantaran itu, jangan lah engkau jadi daripada golongan orang-orang yang putus harapan”.

56. Ia berkata; “dan bukankah tidak ada yang putus harapan dari rahmat Tuhan nya, melainkan orang-orang yang sesat ?”.

57. Ia bertanya; “apakah urusan kamu, hai utusan-utusan?”.

58. Mereka jawab; “sesungguhnya kami diutuskan kepada satu kaum yang berdosa”.

59. “Melainkan keluarga Lut”, sesungguhnya kami akan selamatkan mereka sekelian.

60. Kecuali isterinya, kami sudah tentukan, bahawa sesungguhnya ia daripada golongan orang-orang yang ketinggalan

.
[previous] [next] [home]
.
.


.

No comments:

Post a Comment